Secara ringkas, kenapa saya tidak yakin kepada apa yang dikatakan tahalluf siasasi muslim dan organisasi/parti politik non muslim di Malaysia sekarang:
1.
Tugasan pemimpin adalah utk memelihara agama dan
mentadbir urusan dunia berteraskan Islam. Ini mesti berlaku di dalam sebuah Negara
Islam yang menjadikan al Quran dan hadis sebagai rujukan utama.
2.
Menuju kepada objektif ini menuntut kepada ketundukan
kepada ketentuan ketentuan syarak yang menyentuh urusan hubungan politik antara
muslim dan non muslim yang popular dengan nama tahalluf siasi.
3.
Tahaluf siasi meletakkan garis panduan hubungan
ini dalam urusan meminta bantuan dan membantu non muslim i.e. hubungan timbal
balas atau kerjasama dan perlu memenuhi syarat syarat yang ketat utk dibolehkan.
4.
Al-Syaibani meletakkan 2 syarat meminta bantuan
non muslim:
a.
Non muslim berkenaan boleh dipercayai, dimana
kita merasa aman apabila berperang bersama mereka dan tidak menimbulkan fitnah
apabila bersama mereka.
b.
Hukum Islam adalah dominan ke atas mereka,
dengan kata lain, non muslim itu golongan yang lemah, dan jamaah Islam itu
lebih kuat dan dominan.
5.
AL-Qurtubi, Abu Hanifah, as Syafie, Thauri dan
Awzaie berpendapat: Tidak ada masalah meminta bantuan dgn non muslim selagi
mana Islam lebih kuat dan dominan.
6.
Al-Karabisi pula meletakkan syarat:
a.
Mereka i.e. non muslim berada di bawah kekuasaan
dan hukum orang orang Islam
b.
Bilangan mereka adalah sedikit dan minority
7.
Adapun, hukum meminta bantuan dan membantu sesame
orang Islam adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia
prinsip asal hubungan sesama Islam sama ada
dalam bentuk individu, parti atau Negara.
8.
Beberapa ayat al Quran menjadi sandaran para
ulama ini:
a.
“Wahai orang orang yg beriman, jangan kamu jadikan
pimpinanmu orang orang yang membuatkan
agamamua jadi bahan ejekan dan permainan iaitu antara orang yang telah diberi
kitab sebelummu dan orang orang kafir dan bertakwalah kepada Allah jika kamu
benar2 orang yang beriman” – Maidah 57
b.
“(iaitu) orang orang yang menjadikan orang kafir
sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang orang mukmin. Apakah mereka mencari
kekuatan di sisi orang orang kafir itu? Ketahuilah bahawa semua kekuatan milik
Allah” – Nisa 139
c.
“Hai orang orang yang beriman, jangan kamu
mengambil teman kepercayaanmu orang yang di luar kalanganmu kerana mereka tidak
henti henti menimbulkan kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang
menyusahkanmu. Telah jelas kebencian dari mulut mereka dan apa yang
disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami
terangkan kepadamua ayat ayat kamijika kamu memahaminya.
d.
Juga garis panduan garis panduan dari Surah
Mumtahanah.
9.
Konsep kerjasama hilfu al fudhul (persepakatan
kebajikan) dalam perkara ‘menyeru kemuliaan akhlak’ dan memerangi kefasadan
tidak sampai ke tahap tahalluf siasi dan juga tidak menyokong agenda
kesamarataan mutlak yang dituntut oleh non muslim. Kita juga perlu dirujuk apa
yang disebut oleh sumber sumber hokum Islam yang lain dan membuat kesimpulan
yang kolektif.
10.
Konsep keadilan yang diperjuangkan sekarang di
dalam mana mana pakatan adalah berlandaskan kesamarataan mutlak. Saya pula
berkeyakinan bahawa keadilan yang harus diperjuangkan adalah dengan
melaksanakan syariat Allah dengan meletakkan sesuatu ditempatnya mengikut
kehendak syarak.
11.
Di Malaysia terdapat dua kefasadan yang berlaku
dalam konteks kuasa:
a.
Rasuah, pecah amanah, mengkhianati perjuangan
umat, eksploitasi kekayaan Negara
b.
Cubaan mengubah identity Negara melalui
perubahan struktur sosial oleh agenda non muslim sebagai langkah penguasaan mereka di bidang
politik dan menukar identity Negara kepada Negara secular.
12.
Merubah kemungkaran salah laku tadbir tidak
boleh menyebabkan kemungkaran yang lebih besar sehingga merubah identity Negara.
Justeru perbalahan politik sesame umat Islam tidak mengharuskan kerjasama
dengan bukan Islam sehingga mengakibatkan kekuasaan Islam musnah.
13.
Kekuasaan politik Islam pada ketika ini adalah
lebih utama daripada isu tadbir urus, walaupun ia juga sangat penting.
14.
Jadi perjuangan politik saya ada dua aspek:
a.
Membuat perubahan dan pembaikan kepada ummah ini
yang memerlukan masa yang panjang, kehendak yang tinggi dan kesabaran yang
mantap
b.
Mengukuhkan kekuasaan politik yang boleh
menghalang musuh dari mengambil kesempatan atas kelemahan politik umat Islam
utk mencapai tujuan dan ketamakan mereka.
Semua kelompok Islam perlu bersatu untuk bangunkan system politik
yang boleh membawa pengukuhan kepada kuasa politik sehingga tertegaknya system politik
Islam i.e. Khilafah dan kedudukan Islam terbela.
Nota:
1.
Pandangan tentang tahalluf siasi adalah dari
petikan Usul al Ifta’ wa al Ijtihad al Tatbiqi jilid 4 tulisan Muhammad Ahmad
Rasyid
2.
Pandangan lain banyak merujuk kepada Ucaptama “Memartabat
Agenda Perjuangan Islam” – Ust Abdullah Zaik A Rahman