Ramai yang berkata tentang usrah dan ingin membentuk kumpulan-kumpulan usrah sebagai nukleus penggerak amal Islam di lokaliti masing-masing. Tidak kurang juga yang bersungguh-sungguh mengajak kawan-kawan mengikuti usrah yang dianjurkan di merata-rata tempat. Namun sangat sedikit yang meneliti apakah sebenarnya yang diinginkan oleh sistem usrah. Bahkan lebih sedikit lagi mereka yang merujuk kepada sumber asal sistem usrah yang terkenal pada hari ini.
Usrah ditakrifkan dengan pelbagai makna dan dari itu juga dilaksanakan dengan pelbagai cara dan gaya. Ada yang 3 orang, 4 orang, 5 orang, 10 orang, bahkan sampai 40 orang pun masih dikira sebagai usrah.
Untuk memudahkan, kita lihat secara ringkas ada apa dengan usrah yang dimaksudkan oleh Imam Hassan al Banna ketika menjelaskan sistem usrah. Boleh rujuk kepada tulisan beliau dalam Sistem Usrah.
Tujuan - Membimbing ahli usrah ke kedudukan yang lebih tinggi, mengeratkan ikatan sesama mereka dan yang terpenting - menukarkan segala teori-teori kepada amali.
Rukun usrah -
a. Ta'aruf - mengenali setiap ahli dan wujudkan suasana kasih sayang kerana Allah
b. Tafahhum - faham-memahami dalam menunaikan hak-hak saudaranya termasuk tegur menegur, nasihat menasihati dan sentiasa berlapang dada dan berbaik sangka terhadap ahlinya.
c. Takaful - bantu membantu di atas kebaikan. Bersama-sama memikul tanggungjawab. Berjanji akan senstiasa bertanya khabar dan melakukan kebajikan.
Usrah bukan sekadar berteori dan berbincang isu-isu semasa. Perbincangan fakta, feqah dan media bukan intipati utama. Lihatlah sahaja rukunnya..dan berapa banyak kata kerja di situ. Usrah mesti melahirkan mereka yang beramal di medan bukan yang berteori semata-mata.
Apa ada dalam usrah:
a. Setiap orang mengemukakan masalah masing-masing dan yang lain mendengar dan cuba memberi penyelesaian dalam suasana ikhlas dan jujur serta mngharapkan keredhaan Allah.
b. Berbincang soal-soal Islam, membaca risalah dan arahan dari kepimpinan. Meminta penjelasan dab memberi penerangan dengan penuh adab dan hormat sesama ahli. Tiada ruang utk perdebatan atau berbahasa kasar.
c. Membuat kajian isi kandungan buku-buku yang baik.
Dan melaksanakan pergaulan Islam yang terbaik seperti saling berziarah, ziarah orang sakit, membantu orang lain dan sebagainya dalam bentuk AMALI. Setiap ahli menjadi batu bata Islam yang sebenar dan jika disusun menjadi satu binaan yang hebat. Merekalah yang memperlihatkan Islam melalui akhlak dan tindakan mereka.
Usrah MESTI disokong dengan aktiviti tambahan bagi mengukuhkan lagi hubungan sesama ahli dan menampung pembentukan ahli dalam aspek yang tidak ditampung oleh usrah:
a. Lawatan-lawatan ilmiah i.e. tempat atau tokoh
b. Sama-sama beriadhah
c. Outdoor seperti camping, berkelah dsb
d. Berpuasa bersama sehari seminggu atau dua minggu sekali
e. Solat subuh berjemaah di masjid bersama sekurang kurangnya sekali seminggu
f. Bermalam bersama ahli sekali seminggu atau dua minggu
dan lain lain lagi yang sesuai dengan masa dan keadaan setempat.
Jadi.. betul ke kita ikut usrah selama ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan