Beberapa bulan lepas saya telah membaca satu buku yang menyatakan pentingnya menjadi pemimpin level 10. Mulanya agak pelik tapi setelah menghayati dan cuba praktis akhirnya saya faham maksudnya.
Seorang pemimpin level 10 tidak akan terkesan dengan masalah level 7. Tetapi seorang pemimpin level 5 akan tumbang dengan masalah level 7 yang sama. Contohnya, jika kita menganggap diri kita pemimpin sebuah negara, sudah tentu masalah lalang di tepi rumah menjadi masalah yang kecil. Tapi jika kita anggap kita hanya seorang kerani yang sibuk bekerja dari pagi hingga maghrib, lalang sekeliling rumah pun susah nak diurus.
Saya rasa ini juga berkaitan dengan pendekatan untuk melihat atau mengimpikan sesuatu yang besar atau hebat. Apabila cita-cita itu besar, masalah akan dilihat kecil dan remeh.
Inilah peri pentingnya menganggap atau mendoktrin minda sendiri bahawa kita adalah pemimpin level 10.... atau mungkin seratus?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan