Memang selalu kita perhatikan di musim peperiksaan, ramai pelajar yang asyik menadah buku atau kitab. Sampai ada yang terlelap dengan buku di dada atau menutup muka. Barangkali ini yang dianggap ulangkaji.
Jauh di sudut hati saya merasakan ada yang tidak kena. Sepanjang pengalaman saya, pelajar yang cemerlang tidak ramai yang begitu, atau hampir tiada yang saya kenali begitu.
Pelajar cemerlang yang saya kenal akan berkelakuan begini bila peperiksaan semakin hampir:
- Dia akan membaca notanya sendiri. Buku teks/rujukan hanya di sebelah dan dibuka bila perlu rujukan
- Dia menulis semula apa yang telah dipelajarinya sama dalam bentuk nota atau mindmap atau apa sahaja.
- Dia menjawab soalan-soalan peperiksaan lalu.
- Dia banyak berbincang dengan guru/lecturer tentang soalan-soalan peperiksaan
- Dia menggunakan masa untuk menenangkan fikiran dan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan hati.
Sangat benarlah ayat di dalam wahyu pertama: "..Tuhan yang mengajar manusia dengan PENA". Dengan mencatat ilmu dan menulis semula dalam bentuk yang lain sama ada nota, buku, mindmap atau apa sahaja memang terbukti lebih berkesan daripada menelaah muka surat yang sama berjam-jam.
[Intisari tazkirah subuh di Politeknik Merlimau 21 April 2012]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan