Selasa, 18 Disember 2012

Antara peraturan dan kebebasan...


AES camera in Kajang


Seringkali kita dengar hari ini isu tentang AES kamera yang dipasang bagi 'menangkap' mereka yang memandu melebihi had laju yang dibenarkan. Ada yang komen dari aspek politik, ada yang kata kronism, ada juga yang kata kerajaan sengaja nak kutip duit dan sebagainya. Dalam banyak-banyak komen ini saya rasakan lebih 90% adalah komen golongan yang selfish dan menganggap mereka yang betul dan apa yang mereka buat tetap betul... walaupun memandu 120 kmh di tempat berhad laju 90 kmh. 

Kita sudah terlalu dimomokkan dengan ideologi dan pemikiran sebegini. "Jalan yang lurus, tengah malam, apa salahnya aku padu laju. Bukannya ada orang lain?!" Apasal pula nak kena saman?!

Di sini saya lihat pengaruh fahaman humanisme yang jelas. Fahaman yang meletakkan kehendak individu sebagai perkara paling utama. Aku dulu, orang lain kemudian. 

Saya melihat sebaliknya. AES adalah sistem untuk memastikan peraturan dipatuhi. Peraturan pula berfungsi untuk melindungi kepentingan umum masyarakat bukan individu. Peraturan melindungi keselamatan kita dan melindungi orang lain daripada kecuaian kita. Peraturan sifatnya mencegah bukan merawat. Jadi, adakah AES melindungi kepentingan umum? Saya lihat kereta semakin perlahan dan ramai pesalah telah menerima saman. 

Jadi kalau orang yang komen bercakap atas dasar kepentingan umum saya suka mendengar tapi kalau sekadar luahan tak puas hati sebab tak boleh langgar peraturan, itu tiada faedah.

Paling penting, para pendokong dakwah Islam mesti melihat isu ini dengan teliti tanpa terbawa bawa kepentingan peribadi.... kalau kena saman, anggaplah kaffarah :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan