Jumaat, 1 Mac 2013


Secara ringkas, kenapa saya tidak yakin kepada apa yang dikatakan tahalluf siasasi muslim dan organisasi/parti politik non muslim di Malaysia sekarang:

1.       Tugasan pemimpin adalah utk memelihara agama dan mentadbir urusan dunia berteraskan Islam. Ini mesti berlaku di dalam sebuah Negara Islam yang menjadikan al Quran dan hadis sebagai rujukan utama.
 

2.       Menuju kepada objektif ini menuntut kepada ketundukan kepada ketentuan ketentuan syarak yang menyentuh urusan hubungan politik antara muslim dan non muslim yang popular dengan nama tahalluf siasi.
 

3.       Tahaluf siasi meletakkan garis panduan hubungan ini dalam urusan meminta bantuan dan membantu non muslim i.e. hubungan timbal balas atau kerjasama dan perlu memenuhi syarat syarat yang ketat utk dibolehkan.
 

4.       Al-Syaibani meletakkan 2 syarat meminta bantuan non muslim:

a.       Non muslim berkenaan boleh dipercayai, dimana kita merasa aman apabila berperang bersama mereka dan tidak menimbulkan fitnah apabila bersama mereka.

b.      Hukum Islam adalah dominan ke atas mereka, dengan kata lain, non muslim itu golongan yang lemah, dan jamaah Islam itu lebih kuat dan dominan.

 
5.       AL-Qurtubi, Abu Hanifah, as Syafie, Thauri dan Awzaie berpendapat: Tidak ada masalah meminta bantuan dgn non muslim selagi mana Islam lebih kuat dan dominan.

 
6.       Al-Karabisi pula meletakkan syarat:

a.       Mereka i.e. non muslim berada di bawah kekuasaan dan hukum orang orang Islam

b.      Bilangan mereka adalah sedikit dan minority

 
7.       Adapun, hukum meminta bantuan dan membantu sesame orang Islam adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia prinsip asal hubungan sesama Islam sama ada  dalam bentuk individu, parti atau Negara.

 

8.       Beberapa ayat al Quran menjadi sandaran para ulama ini:

a.       “Wahai orang orang yg beriman, jangan kamu jadikan pimpinanmu  orang orang yang membuatkan agamamua jadi bahan ejekan dan permainan iaitu antara orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang orang kafir dan bertakwalah kepada Allah jika kamu benar2 orang yang beriman” – Maidah 57

 

b.      “(iaitu) orang orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang orang kafir itu? Ketahuilah bahawa semua kekuatan milik Allah” – Nisa 139

c.       “Hai orang orang yang beriman, jangan kamu mengambil teman kepercayaanmu orang yang di luar kalanganmu kerana mereka tidak henti henti menimbulkan kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkanmu. Telah jelas kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamua ayat ayat kamijika kamu memahaminya.

 
d.      Juga garis panduan garis panduan dari Surah Mumtahanah.

 
9.       Konsep kerjasama hilfu al fudhul (persepakatan kebajikan) dalam perkara ‘menyeru kemuliaan akhlak’ dan memerangi kefasadan tidak sampai ke tahap tahalluf siasi dan juga tidak menyokong agenda kesamarataan mutlak yang dituntut oleh non muslim. Kita juga perlu dirujuk apa yang disebut oleh sumber sumber hokum Islam yang lain dan membuat kesimpulan yang kolektif.

 
10.   Konsep keadilan yang diperjuangkan sekarang di dalam mana mana pakatan adalah berlandaskan kesamarataan mutlak. Saya pula berkeyakinan bahawa keadilan yang harus diperjuangkan adalah dengan melaksanakan syariat Allah dengan meletakkan sesuatu ditempatnya mengikut kehendak syarak.

 
11.   Di Malaysia terdapat dua kefasadan yang berlaku dalam konteks kuasa:

a.       Rasuah, pecah amanah, mengkhianati perjuangan umat, eksploitasi kekayaan Negara

b.      Cubaan mengubah identity Negara melalui perubahan struktur sosial oleh agenda non muslim  sebagai langkah penguasaan mereka di bidang politik dan menukar identity Negara kepada Negara secular.

 

12.   Merubah kemungkaran salah laku tadbir tidak boleh menyebabkan kemungkaran yang lebih besar sehingga merubah identity Negara. Justeru perbalahan politik sesame umat Islam tidak mengharuskan kerjasama dengan bukan Islam sehingga mengakibatkan kekuasaan Islam musnah.

 
13.   Kekuasaan politik Islam pada ketika ini adalah lebih utama daripada isu tadbir urus, walaupun ia juga sangat penting.

 

14.   Jadi perjuangan politik saya ada dua aspek:

a.       Membuat perubahan dan pembaikan kepada ummah ini yang memerlukan masa yang panjang, kehendak yang tinggi dan kesabaran yang mantap

 
b.      Mengukuhkan kekuasaan politik yang boleh menghalang musuh dari mengambil kesempatan atas kelemahan politik umat Islam utk mencapai tujuan dan ketamakan mereka.

 Semoga dengan penjelasan itu semua dapat memahami kenapa saya berpendapat kerjasama politik dengan organisasi organisasi bukan Islam yang secara terang menolak Islam adalah tidak wajar dan tidak menguntungkan Islam dan umat Islam di Malaysia.

Semua kelompok Islam perlu bersatu untuk bangunkan system politik yang boleh membawa pengukuhan kepada kuasa politik sehingga tertegaknya system politik Islam i.e. Khilafah dan kedudukan Islam terbela.

Nota:

1.       Pandangan tentang tahalluf siasi adalah dari petikan Usul al Ifta’ wa al Ijtihad al Tatbiqi jilid 4 tulisan Muhammad Ahmad Rasyid

2.       Pandangan lain banyak merujuk kepada Ucaptama “Memartabat Agenda Perjuangan Islam” – Ust Abdullah Zaik A Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan