Sabtu, 7 November 2009

Mr Ban dan impian


Hari ini bermula seperti biasa. Masih saya yang pertama sampai ke pejabat. Terus mengambil data-data yang patut dari sistem loji. Nilai situasi loji. Dan akhirnya kembali duduk di tempat saya. Betapa stereotype.

Kemudian masuk Mr Ban(gambar paling kiri), kawan Vietnam yang duduk di meja hadapan saya. Sambil melayan dengar ceritanya tentang hardisk yang dirosakkan virus, melangkah masuk ‘cleaner’ pejabat kami.

Tiba-tiba Mr Ban memanggil ‘cleaner’ berkenaan dan disuruh duduk di depannya. Kadang-kadang dia perangainya memang ‘unpredictable’. Pelbagai soalan dilemparkan bagai dalam temuduga dalam bahasa ibundanya. Sudah tentunya saya sedikit pun tak faham.

Mr Ban ni memang pelik sedikit perangai dan ideanya. Pemikirannya agak radikal tentang masyarakat. Mungkin pengalaman belajar di France menjadikannya begitu. Dia agak kritis dalam isu cara hidup dan budaya tradisional yang padanya agak mengongkong. Banyak kami bertukar pandangan dengan saya sehabis boleh cuba menjelaskan pandangan saya seorang muslim tentang isu-isu masyarakat seperti etika kebebasan pergaulan, hak hak wanita, hak hak warganegara, kemerdekaan, masa depan bangsa Vietnam, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Setidak-tidaknya ada juga kawan yang boleh memerah saya untuk berfikir lebih jauh dari soal kerja. Di samping itu, dia juga seorang penulis sambilan yang aktif di dalam berita-berita internet yang bebas dari kawalan kerajaan.

Usai ‘interview’ dengan cleaner, saya pula interview Mr Ban.

“What was that? A job interview??”

“No, no, no. I just asked her about ‘dreams’. And I found that people normally have very simple dreams. They dream of simple things in life.”

“So what was her dream?”

“A stable job, then find a good husband, the one who don’t drink too much, the one who don’t gamble too much and will look after the family… that’s all… simple.”

“Yes. It may sound simple, yet it is very difficult to become real especially in this society isn’t it? That’s why it becomes her dream”.

‘Dream’ di sini bukan mimpi mainan tidur bahkan ia lebih tepat disebut impian.

Saya bersetuju dengan Mr Ban, rata-rata ramai orang mengimpikan sesuatu yang mudah yang mereka ingin kecapi. Inginkan kerja yang baik, pasangan yang baik, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Tiada salahnya. Namun impian ini hanyalah mimpi jika tiada usaha ke arahnya. Di manakah usaha kita untuk pekerjaan yang stabil? Di manakah usaha kita untuk pasangan yang baik? Di manakah usaha kita untuk keluarga yang bahagia?

Sebagai seorang Islam saya harus mengimpikan lebih dari itu:

· Saya impikan lahir generasi umat Islam yang apabila kita melihat mereka maka kita seolah olah melihat sirah para sahabat, tabiin dan ketamadunan Islam berlaku semula. Di situ saya melihat keturunan saya memegang panji-panji Islam.

· Saya mengimpikan pada satu hari saya akan bersolat dua rakaat di Masjidil Aqsa dalam keadaan aman dan apabila saya melangkah keluar saya mendengar gelak ketawa kanak-kanak Palestin bermain di persekitaran masjid.

· Akhirnya saya mengimpikan agar dipertemukan dengan saudara-saudara saya dan tokoh perjuangan Islam dan sama-sama ’bersembang’ dengan mereka di Syurga.

Inilah impian saya dan saya akan merancang dan bekerja untuknya dengan keazaman.

Semoga Allah menetapkan hati kita dan mengekalkan kesungguhan kita memburu syurgaNya dan dijauhi dari kelekaan dengan perkara yang tidak bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan