Alhamdulillah. Tamat sudah liku liku pekerjaan di Vietnam. Kini saya kembali menapak di bumi bertuah Malaysia. Bumi tempat tumpah darah. Bumi Islam di Nusantara yang Ke'Islam'annya kian digugat saban hari. Digugat oleh tangan tangan luar dan acapkali tangan-tangan umat Islam sendiri.
Semoga hari hari mendatang menjanjikan masa depan yang gemilang untuk Islam di Malaysia. Kegemilangan yang terbina atas keringat dan darah para pendakwah dan pendokong Islam yang tidurnya tidak pernah lena mengenangkan banyaknya agenda agama dan bangsa yang perlu dilangsaikan.
Blog ini berubah wajah, bukan lagi di Vietnam, kini di Malaysia dan tentunya isu isu Malaysia. Semoga diberikan kekuatan untuk mengemaskini sekerap mungkin.
salam sahabat.. saya insyallah bakal ditugaskan di DQR (Dong Quat Refinery) penghujung bulan ini. rasanya saudara sedia maklum bagaimana keadaan tempat tu. saya mmg sama sekali tak pernah keluar dari bumi malaysia ni. jadi apabila ditugaskan keluar negara, macam2 bermain di fikiran, yang paling saya pikirkan dan yang org lain anggap remeh ialah di mana saya nak sembahyang jumaat nnt. harap saudara boleh bagi serba sedikit gambaran tentang tempat tu. harap dapat email saya anuar_saari@yahoo.com
BalasPadam