Selasa, 13 Oktober 2009

Penangguhan sementara...


Kami baru terima berita bahawa perkhidmatan kami di Vietnam akan disambung lagi sebulan. Asalnya 25 Oktober sudah meninggalkan Quang Ngai, tapi sekarang kenalah meneruskan kehidupan di sini sehingga hujung November. Sebagai seorang yang memang betul-betul nak pulang ke Malaysia memanglah berita ini mengecewakan. Tetapi apa kan daya kami cuma ‘employee’ yang menurut perintah.

Kekecewaan itu membawa saya merenung sejenak, mengimbau kisah-kisah silam yang berkaitan ‘keterasingan’ ini.

Nabi Yusuf a.s. memilih untuk dipenjarakan. Memilihkan untuk diasingkan daripada orang lain. Di situ dia beroleh kebahagiaan.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjadikan penjara sebagai tempat merenung. Syed Qutb menjadikan penjara tempat melahirkan karya agung Fi Dzilalil Quran. Dan begitu banyak lagi tokoh yang menjadikan keterasingan itu sebagai jalan mendapat kebahagiaan. Pada mereka, kebahagiaan bukan bermakna bersama orang tersayang di tanah air sendiri tetapi kebahagiaan adalah di jiwa.

Barangkali inilah sikap yang harus kami ambil. Bersabar dengan penangguhan kepulangan ini dan mengambil apa jua bentuk manfaat yang ada disebaliknya. Tidak harus dibiarkan diri dimakan keadaan, tetapi biar kita gunaan keadaan untuk manfaat diri.

CUBAAN......

1 ulasan:

  1. Sabarlah wahai sahabat
    think more on the positive side..
    Insya'Allah..
    we will pray for you all there..Friends..
    Send my regards to all

    warhead.

    BalasPadam