Sabtu, 1 Ogos 2009

Subuh yang bernafas

'Demi subuh apabila fajar telah menyingsing (apabila ia mulai bernafas)' (At-Takwir 18)

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak bersenam, hari ni dapat juga 'morning walk' sepanjang Tra River Boulevard.

Bukan saya seorang, bahkan sepanjang jalan yang lurus ni agak meriah dengan penduduk tempatan yang turut menikmati pagi yang mula bernafas. Bermula dari gelap dan sunyi, perlahan-lahan hari mulai hidup. Matahari mulai menerangi, pakcik penanam jagung mulai turun ke lembah untuk memetik jagung yang telah dikeringkan di pokok. Jalan yang mulanya sepi mulai melayani deruan kenderaan. Perlahan-lahan suasana yang tadinya hening bersama manusia yang bersenam beralih kepada suasana pekerjaan yang sibuk dan meletihkan. Inilah suasana alam. Inilah sunnah Allah yang tidak mungkin berubah. Inilah suasana subuh apabila ia mula bernafas di Tra River Boulevard. Subhanallah.
(Gambar - Tra River Boulevard jam 5.10 am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan