Hari ini berlalu dengan pelbagai pengalaman baru. Dari pagi sampai ke petang macam macam pengalaman baru. Macam-macam pelajaran baru saya hadamkan.
(Gambar: Pejabat saya)
Manusia ini ibarat kapak. Jika menebang pokok yang besar, mungkin makan masa dan berulang kali perlu diasah. Jika tidak, kemungkinan besar cita-cita untuk menebang akan terkubur dek mata kapak yang semakin tumpul. Apatah lagi kalau nak menerangkan tanah yang terdapat di dalamnya puluhan pokok besar. Covey mungkin menceritakan hal ini dalam bab 'sharpen the saw'.
Saya melihatnya dari aspek mengekalkan semangat dan motivasi untuk manusia bekerja. Saya ada seorang staff yang cuba memaksa dirinya bekerja sebaik mungkin. Usaha berlipat kali ganda. Namun setiap kali dia present kepada boss besar, pasti ada kekurangan-kekurangan. Respon yang diberikan oleh boss seolah-olah dia sentiasa membuat kesalahan. Sedangkan dalam realiti terbukti kerjanya semakin makin dan telah banyak masalah berjaya dia selesaikan. Akhirnya dia merasa 'keletihan' dan dorongan untuk bekerja semakin menurun.
Apalah salahnya jika boss menunjukkan sedikit penghargaan. Berikan ucapan tahniah atas peningkatan usahanya. Pujilah kejayaan-kejayaan kecil yang dilakukan meskipun matlamat akhir belum tercapai. Inilah batu-batu asah yang akan membuatkan kapak terus menebang satu per satu pokok besar dan akhirnya hutan akan terang dan kita ada seorang staff yang matang dan berkemampuan...
(alhamdulillah saya bukan boss besar)
Yang penting niat kena baik, insyallah jalan lurus dan mantap. Hehehe.
BalasPadam