Isnin, 10 Ogos 2009

Bermusafirlah...


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhadulillah.
Semalam saya sempat pergi ke Hoi An, bandar ala Bandar Hilir di Melaka. Bukanlah hajat di hati nak sangat pergi, tapi mengenangkan stressnya duduk di Quang Ngai, ada baiknya pergi berjalan.

Bila jiwa dah tepu dengan rutin dan tekanan harian memang kita diseru bertukar angin. Pergilah bermusafir, pergilah bertukar angin, pergilah berziarah. Bahkan bila direnung dalam Islam, begitu banyak perkara yang melibatkan bermusafir seolah olah memang sifat seorang Islam itu akan selalu bermusafir.

Ada rukhsah dalam solat dan puasa, ada doa-doa dan adab musafir, ada tuntutan berziarah saudara mara dan sahabat, ada tuntutan untuk berjihad dan memperkenalkan Islam ke bumi yang lain. Bahkan diwajibkan haji bagi yang mampu ke Makkah. Memang Islam ingin umatnya banyak memerhati dan mengambil pengajaran.

Tidak sedikit tokoh-tokoh Islam yang menempa sejarah, manusia-manusia yang mengubah dunia, melainkan mereka juga adalah orang yang banyak musafir. Imam Syafie, Ibn Battutta, Dzulqarnain, para Nabi bahkan Rasullulah s.a.w sendiri banyak bermusafir daripada kecil.

Al-Quran sendiri menyuruh kita bermusafir dan melihat kebesaran-kebesaran Allah.

Bila berada di Hoi An, sambil mengadap sungai dan mendengar bunyi enjin bot-bot penumpang... akhirnya saya sedar kekuatan yang ada dalam musafir dan betapa berkesannya ia untuk menghilangkan stress. Allahuakbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan