Sabtu, 1 Ogos 2009

Jauh panggang dari api


Salam untuk semua,

Alhamdulillah, hari ni sempat saya meluangkan masa untuk menulis setelah lebih seminggu mengerahkan fikiran dan kederat untuk kerja mencari rezeki. Hari ini saya off sebagai ganti kerja hari Ahad lepas. Dapatlah rehat 2 hari.

Rupa-rupanya kerehatan yang dikecapi hanya merupakan waktu yang berlalu tanpa banyak hasil. Selepas subuh sambung tidur melepaskan geram sampai hampir zohor. Selepas zohor hanya berehat di rumah dan memasak. Terasa begitu tak produktif sepanjang hari ni. Amal tak bertambah, ilmu pun tak bertambah. Ia hanyalah waktu rehat yang berlalu begitu sahaja.

Sedangkan di sana (serata-rata dunia), betapa ramainya pemuda-pemuda yang sedang mengerahkan tulang empat kerat untuk mencari kemuliaan untuk Islam dan umatnya. Ada yang bergalang ganti nyawa mempertahankan bumi al-Aqsa, ada yang mempertahankan Islam daripada sistem zalim yang ingin menghancurkannya, ada yang mengerah akal memahami bait-bait dari Al-Quran dan Sunnah, ada yang berpagi dan berpetang mengajak muslim kepada Islam yang mereka anuti. Semua bak kuda-kuda perang yang bermandikan darah dan keringat demi mencapai kemenangan yang bukan mudah. Semua melaburkan waktu mereka untuk secebis saham di sisi Allah, mendambakan nikmat syurgaNya.

Begitulah persembahan mereka kepada Allah untuk ganjaran syurga. Itupun dirasakan belum cukup...

Alangkah ruginya waktu hari ini sedangkan saya juga inginkan syurga seperti mereka. Jauh panggang dari api...


1 ulasan:

  1. Tak pa sepanjang minggu anda berlari hari ni adalah hari untuk diri anda sendiri, berehat dan mengumpul tenaga dan fikiran supaya selepas ini anda akan dapat berlari lagi. Pabila tenaga dan fikiran seimbang, baru lah produktiviti akan menjadi berkualiti.

    Ayuh kita berlari lagi.... hehehehe.

    BalasPadam