"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu (Mengumpulkan dan menghitung harta yang menyebabkan dia menjadi bakhil dan tidak mahu menginfa'kan di jalan Allah)" at-Takatsur 1.
Bila teringat semula pelajaran daripada surah at-takatsur yang pendek ini, terasa tertempelak seribu. Teringat diri yang selalu mengira-ngira adakah sudah cukup wang simpanan, bila nak habiskan hutang rumah kereta dan sebagainya. Tiap-tiap bulan mengira-ngira agak-agak bila boleh hidup senang.
Memang bukan bermegah, tetapi bila terlalu fokus dengan financial goal ni menjadikan kita dengan sendirinya liat nak mengeluarkan wang untuk sedekah, infa' dan lain-lain yang bukan untuk kita. Lagi banyak wang yang diperoleh rupanya lagi susah nak infaq. Semua nak berkira tentang return on investment. "Kalau aku letak kat investment ni boleh tahan jugak pulangannya". Ini lah bisikan-bisikan yang datang tiap kali kita pegang wang RM50 untuk infaq.
Lagi besar pendapatan lagi susah nak infaq. Kalaulah seorang yang bergaji RM1000 infaq 2% daripada gajinya, maka dia infaq RM20. Jumlah yang agak biasa. Hampir semua orang boleh buat.
Cuba kalau orang yang bergaji RM8000. Infaq pada kadar sama 2% bersamaan RM160. Agak-agak mudah tak kita nak keluarkan RM160 sebulan untuk infaq?
Alhamdulillah kalau masih mudah. Realitinya kita sendiri yang tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan