Ahad, 19 Julai 2009

Kemenangan dan inspirasi


Banyak telah saya baca dalam buku-buku motivasi atau 'self learning' tentang meraikan kemenangan yang dicapai bersama-sama dengan mereka yang telah berusaha untuknya. Itulah teorinya untuk mengekalkan tenaga dalaman yang menolak untuk bekerja lebih keras ke arah kemenangan seterusnya.

Lalu saya renung suasana kerja setiap hari di sini. Agak sunyi. Sunyi dari keraian. Sunyi dari suasana kerja yang sentiasa segar bugar untuk mencari kejayaan yang baru. Bahkan kejayaan-kejayaan kecil laksana angin lalu. Berlalu begitu sahaja tanpa diambil manfaat daripadanya.
Barangkali budaya disini memang begitu atau barangkali tuntutan kerja yang begitu berat dan sasaran akhir yang begitu besar menjadikan kejayaan kejayaan kecil dipandang sebelah mata.

Apapun saya tetap akan meraikan kejayaan-kejayaan itu... dengan cara saya sendiri. Saya akan raikan on-spec mogas blending pertama, saya akan raikan shipment mogas pertama, shipment diesel pertama, shipment LPG pertama, shipment fuel oil pertama. Saya akan raikan kejayaan pasukan yang menjadikan ini semua realiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan