Selasa, 14 Julai 2009

Ambil berat jangan ambil 'stress'


Dalam hidup bermasyarakat memang diseru agar kita sentiasa mengambil berat perihal sahabat-sahabat kita. Bahkan ini memang dituntut oleh Islam seperti termaktub dalam hadis-hadis dan al-Quran. Kita mengambil berat susah senang kehidupan saudara kita. Mana yang perlukan bantuan dibantu, mana yang murah rezeki boleh menyumbang dan sebagainya.

Cuma terkadang-kadang kita gagal menghadkan kesan mengambil berat ini. Apabila saudara kita ditimpa musibah, kesan kepayahannya menyesakkan jiwa kita sehingga kita juga hilang pertimbangan dan fokus. Contohnya, seorang kawan kita dibuang kerja atas sebab-sebab yang remeh. Lalu kita pula yang menjadi stress dan mula berfikir luar rasional. "Cis, begini dia buat dekat kawan aku, nanti dia". Atau kita pula yang jadi terlalu risau sampai fokus kita ditempat kerja terganggu setiap kali terfikir tentang nasib kawan kita.

Ini bukan mengambil berat. Ini mengambil terlampau berat.Kita tidak seharusnya membiarkan perasaan sebegini menguasai jiwa sehingga menjejaskan perkara lain. Ini menjadikan keadaan semakin teruk, seolah-olah virus yang menular. Dari satu masalah menjadi masalah lain. Ini salah.

Ambil berat tidak seharusnya membawa kepada mudarat yang lebih besar.... Stay Focus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan