Selasa, 14 Julai 2009


Di Quang Ngai saya tinggal di rumah kongsi seramai 5 orang. Semuanya berlainan umur, latar belakang dan bidang. Namun dalam perbezaan yang ketara ini kami masih boleh hidup bersama tanpa banyak masalah. Bila difikirkan mesti ada faktor-faktor yang mengizinkan ini berlaku. Lalu saya cuba fikirkan....
1. Kami sama merantau di bumi orang.
2. Sama sama jauh dari keluarga.
3. Makan makanan yang sama.
4. Sama sama ingin jimat wang sebab itu berkongsi
5. Sama sama ingin rumah bersih

Rupanya dalam perbezaan yang banyak, ada juga banyak persamaan dalam keadaan dan matlamat. Atas titik-titik persamaan inilah kami bersatu sehingga boleh tinggal bersama tanpa banyak masalah.
Benarlah kata-kata yang menyeru agar kita bersatu atas perkara-perkara yang disepakati dan berlapang dada di atas perbezaan. Kalau ini dihayati, alangkah indahnya kehidupan seorang muslim...

1 ulasan: