Jumaat, 10 Julai 2009

Jangan pikul dunia

Alhamdulillah. Hari ini saya dibukakan hati membaca satu topik yang sangat relevan. Perihal orang yang fikirannya kusut seolah-olah didalam perang dunia tetapi dia sebenarnya berbaring di atas katil di dalam bilik berhawa dingin.

Baginya fikirannya terlalu kusut dan 'stress' kerana dia terlalu obsess atau dikuasai oleh masalah yang melanda. Sedangkan di sana banyak lagi nikmat-nikmat Allah yang sedang dikecapinya. Jika dihitung, tidak padan dengan musibah yang melanda. Lalu saya menjadikan tajuk ini topik dalam khutbah Jumaat di 'Kabin Jami' Quang Ngai'.

Inilah kabin tempat kami solat Jumaat yang hanya muat lebih kurang 20 orang sahaja. Mujurlah jumlah kami pun lebih kurang itu juga. Kami ketepikan perbezaan fiqh dan sama-sama setuju untuk solat Jumaat kerana di sana banyak lagi manfaat bagi kami yang terasing ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan