Rabu, 8 Julai 2009

Cermin wajah sendiri...


Minggu ni memang minggu yang mencabar. Selepas seminggu bercuti, memang 'challenging' nak mula kerja semula. Fikiran dan hati masih di kampung halaman. Apakan daya, tinta sudah mengering, kenalah teruskan bekerja di sini tanpa mengira senang atau susah. Kena mencari idea bagaimana nak menghilangkan kebosanan hidup.

Dalam usaha mencari jawapan, saya buka semula buku 'La Tahzan'. Lalu bertemu nasihat-nasihat yang menenangkan daripada Al-Quran, hadis dan lain-lain. Berjumpa semula ayat-ayat yang rata-ratanya memang sudah dihafal. Memang sudah tahu tapi bila ditimpa ujian terus kita lupa.

Benarlah apabila umat Islam disuruh sentiasa memberi peringatan sesama mereka. Sungguh benar peringatan itu bermanfaat. Kadang-kadang ia adalah peringatan yang telah kita tahu tetapi apabila ia datang dari orang lain kesannya berbeza. Sehebat mana pandangan mata kita, kita tetap memerlukan cermin untuk melihat wajah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan