Isnin, 6 Julai 2009

Hati yang basah


Alhamdulillah, saya dah kembali semula ke Quang Ngai selepas bercuti seminggu di Malaysia. Walaupun pendek, memadailah untuk bertemu sanak saudara dan sahabat handai.

Bila bertemu sahabat - sahabat ISMA terasa hati yang kering basah kembali. Masakan tidak, selama puluhan hari telinga ini cuma mendengar kisah dan keluhan tentang bekerja di Vietnam. Kisah bagaimana nak hidup di tempat orang. Bagaimana menghilangkan homesick. Keluhan-keluhan yang rata-ratanya self-centric. Tiba-tiba bila balik saya mendengar kata-kata pemuda yang bercita-cita tinggi. Meninggalkan cita-cita peribadi demi memenangkan hasrat umat Islam. Saya bertemu dengan pemuda yang siangnya sibuk bekerja mencari rezeki, malamnya pula sibuk mendidik orang lain ke arah kefahaman Islam sebenar. Pemuda-pemuda yang mengorbankan wang ringgit di kala saya mengira-ngira berapa yang ada di dalam bank bulan ni.

Walaupun hanya mampu duduk bersama sejenak, ia cukup untuk menyuburkan semula hati yang kering. Benarlah sahabat yang baik itu umpama penjual minyak wangi, hanya berada dekat dengan mereka sudah cukup untuk mendapat manfaat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan