Isnin, 22 Jun 2009

Lihat dari kaca mata burung

Hari ni saya rasa bertuah berada di sini. Jauh dari kerja yg lama. Kadang2 bila kita berada jauh, kita akan muhasabah semula apa yg kita telah lalui. Terbukti apabila kita berada di dalam satu masalah kita akan rasa bahawa masalah tu sangat besar. Begitu overwhelming. Tapi apabila kita melangkah keluar dari persekitaran kita dan melihat semula ke belakang... sebenarnya tidak lah besar mana masalah kita. Masalah cuma jadi besar apabila perspektif kita terlalu dekat atau terhad. Sejurus kita mula tengok perspektif yang lebih besar, cita2 yg lebih tinggi ketika itu masalah kita mengecil dengan sendirinya. Kita pula akan ketawakan diri kita sendiri kerana sebelum ini tertipu dengan masalah yang kecil.... begitu indahnya apabila Islam menyuruh kita memandang jauh ke depan... impikan Syurga Allah. Dengan sendirinya masalah dunia ini hanya sekelumit....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan