Hari ini dua orang sahabat saya dikatakan tidak memenuhi syarat prestasi kerja oleh majikan lalu ditamatkan perkhidmatan. Pada penilaian saya mereka melampaui prestasi bahkan patut diberi merit. Namun penilaian majikan pula sebaliknya. Sudah tentu penilaian majikan yang akan menang dalam pekerjaan.
Jika ada sepuluh pihak, boleh jadi ada sepuluh penilaian atas standard yang berlainan. Dalam bab rokok contohnya, pakar perubatan kata merbahaya kepada kesihatan perokok dan orang lain, penjual rokok pula kata 'saya jual je, diorang yang nak beli, bukan salah saya', orang ekonomi pula kata rokok adalah income negara, orang yang tak merokok pula kata, 'membazir dan menyusahkan orang lain, pentingkan diri sendiri'. Perokok pula kata, 'suka hati la, duit aku, badan aku, kalau tak suka asap pergi jauh-jauh'. Pandangan mana yang nak dipakai?? Atau boleh pakai saja yg mana mana??
Pada saya soal pandangan mana yang nak dipakai adalah soalan termudah untuk dijawab tetapi mungkin terpayah untuk dibuat.
Terimalah neraca langit. Neraca yang telah Allah tetapkan melalui kalamNya dan lisan RasulNya. Dalam semua persoalan ada jawapan dari langit. Hanya sama ada kita ingin mengikut atau ingin mencari alasan. Inilah pandangan yang menentukan jatuh bangunnya kita dihadapan Allah.
Gambar: Keheningan duduk2 minum Sinh To' ketika matahari hampir terbenam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan