Assalamualaikum.
Alhamdulillah dapat juga mula menulis walaupun dah lama bertangguh.
Kalau tak silap ini dah masuk hari ke 50 berada di Quang Ngai, Vietnam. Bekerja ditempat orang memang tak pernah mudah. Demand kerja sebagai 'expatriate' memang berat. Kita dianggap pakar dalam bidang dan boleh selesaikan semua masalah. Apa pun, biarlah kerja di tempat kerja.
Malam ni malam Jumaat. Kami seramai lebih kurang 20 orang pun buat majlis bacaan Yasin. Setiap minggu bergilir rumah. Malam ni giliran rumah saya. Alhamdulillah kami solat Isya bersama, baca Yasin bersama, tahlil bersama, makan bersama. Begitu indahnya suasana. Tidak kira apa jua perangai, semua tetap bersama.
Memang dah jadi fitrah. Apabila berada dalam keadaan yg menekan, jiwa akan cenderung kembali kepada Allah. Kembali kepada apa yg akan membawa kepada Allah. Tidak kira apa jua perangai luaran, selagi mana insan itu bernama muslim pasti ada jalan yg boleh membawanya kembali kepada Islam. Dan majlis sebegini sebagai contohnya. Majlis yg diterima umum sebagai baik dan manusia tidak kekok untuk hadir. Boleh jadi kehadiran yg pertama menjadi pemangkin kepada kehadiran pada masa masa akan datang. Kebaikan yg sedikit akan membawa kepada kebaikan lain yang lebih besar. Inilah yang saya rasakan malam ini.
Di sana terdapat banyak pintu-pintu yang harus dibuka untuk segenap lapisan muslimin untuk kembali menikmati keindahan Islam. Pintu yang membuka kefahaman terhadap kesyumulan Islam yang akhirnya menjadikan mereka cinta kepada Islam melebihi segala galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan