Kita lihat sekeliling. Orang yang kita cintai meninggalkan kita, pekerja yang sangat kita harapkan bertukar ke syarikat lain, kedai makan yang menjadi favourite kita berpindah ke lokasi lain dan sebagainya. Inilah hakikat kehidupan.
Persoalan bagi kita adalah bagaimana kita berdepan dengan perubahan-perubahan ini? Adakah kita akan terus meratapi kehilangan atau kita akan menerima realiti ini dan bergerak ke hadapan?
Keindahan semalam biarkan menjadi kenangan manis yang sentiasa membuat kita tersenyum bila terkenangkannya. Jangan mengharap kenangan yang sama berulang. Dengan perubahan yang berlaku, kita harus menjadi fleksibel, sentiasa positif dan yakin bahawa perkara dan cabaran yang baru akan lebih mematangkan kita dan menjadikan kita insan yang lebih baik. Jadikanlah setiap perubahan sebagai permulaan kepada kenangan baru yang lebih manis.
Biarkan yang patah kerana ia menjadi permulaan tumbuhnya pucuk-pucuk baru yang lebih segar. Usah diratapi yang hilang kerana barangkali kehilangan itu menemukan kita dengan pengganti yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan