
Begitu juga dalam alam pekerjaan kita. Hampir semua syarikat bersetuju bahawa mempunyai kakitangan yang serba boleh adalah kunci kepada kejayaan. Semua inginkan kakitangan yang hebat dalam kebolehan teknikal dan juga kebolehan kemanusiaan. Bahkan banyak syarikat yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk membentuk karakter pekerja sebegini.

Maka tidak hairan jika pada pendokong dakwah perlu melalui pelbagai bentuk latihan dan pendedahan.
- Ilmunya perlu ditambah
dan pemikirannya diasah
- Tubuhnya harus lasak secara fizikal
- Hati dan spiritualnya harus tegar dan segar
- Emosinya harus tenang walau di tengah ribut
- Jiwanya berkobar-kobar untuk menyumbang kepada masyarakat

Dia sentiasa mengidamkan kemenangan kalimah Allah dan sentiasa sedar betapa beratnya risalah yang dibawa. Dia faham tugasan mulia yang berat ini tidak akan tertampung oleh mereka yang tidak terlatih dan berjiwa kalah.
Justeru dia akan bersegera menuju halaqahnya, daurahnya, qiamullailnya, perkhemahannya, musafirnya dan juga riadhah mingguannya...tanpa rasa jemu walau sedikit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan