Isnin, 2 April 2012

Anak anak dan bintang

Sepetang di surau taman, cuba mendedahkan anak-anak sekolah rendah dengan kepentingan kiblat... bukanlah satu pengalaman yang mudah. Kadang-kadang kelu lidah tak tahu bagaimana untuk respon kepada reaksi mereka.
Menunjukkan mereka bagaimana mencari arah di kala tiada kompas juga mencari arah kiblat dengan menggunakan kompas. Mudah tetapi jika tidak tahu bakal mengundang keberatan dalam menunaikan solat dengan sempurna.
Istimewanya kanak-kanak, malam berikutnya dengan langit yang tiada berawan saya bertanya kepada seorang kanak-kanak seusai solat Isya di surau. "Mmmm mana dia bintang yang tunjuk arah kiblat?"
"Itu dia, 3 bintang sederet, kiblat arah sana pak cik!!".
Alhamdulillah, rupanya mereka terima juga sedikit tunjuk ajar walaupun macam tak belajar pun sewaktu kita mengajar. Istimewanya kanak-kanak dan kemampuan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan